KEBANGKITAN rakyat kian memuncak.

Warga seni juga menzahirkan rasa tidak puas hati dengan isu perkauman yang berlaku di zaman pentadbiran Pakatan Harapan.

Pengarah drama popular Nur, Shahrulezad Mohameddin mengingatkan agar tiada sesiapa cuba mengeruhkan lagi keadaan yang semakin ‘menggelegak’.

Kenyataan beliau itu adalah berhubung polemik keberadaan penceramah Dr Zakir Naik dan isu penulisan jawi yang mendapat bantahan DAP dan Dong Zong baru-baru ini.

“Dalam pada kami tak suka bersikap rasis sesama kaum atas dasar toleransi tapi dalam masa sama jangan sesekali kejutkan harimau yang sedang tidur.

“Melayu kalau dah mula berasa terancam memang bahaya jadinya nanti.

“Bukan nak cari gaduh tapi cuma nak pesan. Jangan sesekali cuba bermain dengan api. Tu je abam nak cakap,” katanya di Instagram

Pengarah muda itu juga menegaskan, mana-mana individu dinasihatkan tidak mencabar keharmonian yang dipelihara dengan rapi.

“Sarang tebuan jangan dijolok ye,” tulisnya.

Mengiringi perkongsian berkenaan, Shahrulezad memuat naik kenyataan daripada seorang netizen yang berkata, kaum Cina sudah lama membangunkan ekonomi supaya kaum Melayu tidak perlu menanam ubi kayu di kampung.

Shahrulezad turut mempersoalkan di mana menteri Melayu dalam kerajaan apabila isu seperti ini muncul.

Dia mengakhiri kenyataan itu dengan memerli kerajaan Pakatan Harapan dengan meletakkan tanda pagar #macamsepenggaljegayanya. – NTHQiBORD, 16 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.