MOHAMAD Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia semakin kemas bergaya.

Tiada lagi baju dari tekstil bermutu rendah, kini segalanya mahal belaka.

Mohamad atau popular dipanggil Mat Sabu kini menggunakan khidmat perunding imej profesional untuk mengubah imejnya.

Itu yang ditularkan oleh pengguna media sosial yang menularkan tangkap layar akaun Instagram yang memaparkan Mat Sabu dan perunding imejnya.

Perunding imej tersebut adalah Wendy Image Consultant melalui Brand Image Institute.

Apa yang lebih menarik, perunding imej tersebut adalah sekumpulan pasukan perunding Cina yang pastinya menerima bayaran mahal dari pejabat Kementerian Pertahanan.

Keutamaan sepatutnya diberikan kepada perunding Melayu dan Bumiputera yang lebih sesuai dengannya.

Malaysia memiliki ramai perunding imej dari kalangan orang Melayu yang berwawasan dan berkebolehan tinggi di peringkat antarabangsa.

Seandainya bangsa tidak menjadi keutamaan Mat Sabu, sekurang-kurangnya Mat Sabu harus mempamerkan satu usaha untuk membantu usahawan Melayu.

Jika begini sikap Mat Sabu, ketahuilah tiada tempat orang Melayu dan Bumiputera di hati Mat Sabu! – 16 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.