PIAGAM Umno-PAS bakal memberi mimpi ngeri buat Pakatan Harapan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT), Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata Piagam Umno-Pas yang bakal diumumkan itu diaspirasikan melalui gelombang perpaduan rakyat.

Malah, menurut beliau, piagam itu bakal diterima baik di semua peringkat baik dalam bandar mahupun di luar bandar.

Ketua Umno Bahagian Subang itu turut berkata kerjasama dua parti Melayu Islam terbesar ini bukan sahaja ditunggu-tunggu Melayu Islam, malah kaum-kaum lain juga.

“Gabungan UMNO dan PAS dalam piagam kerjasama ini memang dinanti-nantikan rakyat Malaysia demi kelangsungan penyatuan ummah apatah lagi dalam realiti politik semasa.

“Tentunya piagam ini akan menjadi mimpi ngeri buat Pakatan Harapan (PH) apabila gabungan ini termeterai maka kerana itu pelbagai cerita buruk tersebar.

“Piagam ini cukup menakutkan mereka yang mempunyai berbagai masalah dalaman. PH hari ini sangat teruk dan kritikal ‘ibarat retak menanti belah sedangkan kita membina perpaduan yang semakin mengukuh,” katanya.

Armand menjelaskan, pengalaman Umno mentadbir lebih 60 tahun dan suntikan pengalaman PAS akan dijadikan salah satu ramuan utama dalam kerjasama Piagam Umno-PAS.

“UMNO harus belajar ketahanan daya yang luar biasa, dan kualiti pemimpin PAS yang berintegriti mampu bertahan lebih enam dekad berperanan sebagai pembangkang, kelebihan itu harus dipelajari,” katanya.

Justeru, dengan komitmen dan iltizam yang tinggi antara kedua-dua parti Melayu Islam, beliau yakin sebuah kerajaan yang lebih baik akan dapat dibentuk bagi menentang PH menjelang Pilihan Raya Umum(PRU) ke 15 nanti.  – NTHQiBORD, 16 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. Pemimpin umno pas jgn syok sendiri.
    Kekalahan umno pada pru lepas adalah dari ketidaktelusan pemimpin umno sendiri dalam mentadbir negara.
    Sehingga berjela-jela kes rasuah & penyelewengan & sehingga skrg pemimpin2 umno termasuk pas masih mengagung-agungkan pemimpin tertinggi mereka walaupun bukti nyata telah dilondehkan dlm siri perbicaraan dimahkamah.
    Diatas kertas umno pas tidak mgkin mendapat sokongan majoriti dari pengundi2 bukan melayu.
    Dan dalam sejarah siri pilihanraya malaysia pengundi bukan melayu lah yg rajin utk turun mengundi.
    Utk pengundi melayu, walaupun pas mendabik dada mempunyai kekuatan dibeberapa negeri yg bermajoriti melayu, tetapi.
    Dgn slogan apa malu bossku.
    Bossku pencuri.
    Pas gunakan agama sebagai kuda tunggangan.
    Pas jual agama utk kepentingan politik.
    Pas halalkan berbohong.
    Pas sokong pemimpin pencuri.
    Ada kemungkinan pengundi atas pagar / yg tidak berparti tidak akan memberikan suaranya kepada pas.
    Bahkan 2 negeri dipantai timur akan ada kejutan pada pru ke 15.
    Ingat…. 3 thn akan datang.
    – bnyk perkara yg akan terjadi.
    Sebahagian besar manifesto ph akan dapat dilaksanakan.
    – pemimpin yg terlibat dgn rasuah akan mula menerima hukuman.
    – bbrapa parti berkemungkinan akan diharamkan, kerana kesalahan pertubuhan / AMLA.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.