SETELAH 48 jam berlalu, akhirnya barulah Mohamad Sabu atau dikenali Mat Sabu bersuara mengenai keculaparan Koon Yew Yin yang menghina Tentera Diraja Malaysia.

Kita musykil kerana baru hari ini saja Mat Sabu bagi respons sedangkan dia bertaraf Menteri dan anggota-anggota dalam kementeriannya telah dihina sehina-hinanya tanpa belas kasihan.

Apakah kerana Koon seorang jutawan penyokong tegar dan penyumbang dana politik PH termasuk parti Mat Sabu sendiri?

Hina anggota tentera perbuatan jijik, boleh dianggap musuh negara, kata Mohamad Sabu

Tidak nampak riak muka yang berang seperti bila Mat Sabu baling mikrofon di stage atau ketika dia kalih ke kamera dan kata ‘Mahathir pelingkup negara’.

Walau bagaimanapun, kita setuju dengan kenyataan yang dibaca oleh Mat Sabu iaitu mana-mana individu tanpa mengira kaum dan agama yang hina ATM adalah perbuatan jijik dan tidak boleh diterima sama sekali.

Ironinya, Mat Sabu dakwa ada isu perkauman yang dimainkan!

Pertama, kenyataan Mat Sabu tidak benar.

Ini bukan isu perkauman dan kenyataan Mat Sabu menokok tambah perkara yang tiada, sangat-sangat dikesali.

Kedua, Koon bukan budak tadika tapi sudah berumur, aktif dan telah lama mengumpul harta di negara yang aman ini.

Apatah lagi orang ini pernah berjumpa dan berbual-bual dengan Chin Peng, Ketua Komunis Malaya.

Sepatutnya Koon yang lebih tahu tentang pengorbanan tentera Malaysia.

Jadi tidak masuk akal jika Koon tak sengaja.

Ketiga, kelakar bila Mat Sabu tuding jari salahkan netizen.

Dia dakwa kalau seorang Islam kritik, netizen diam tapi bila si Koon ni netizen melenting.

Jadi, sebelum salahkan netizen, apakah Mat Sabu pernah menegur ‘seorang Islam kritik’ itu?

Mat Sabu juga kata, walau apa pun pandangan yang dilontarkan oleh netizen, pasukan ATM harus tetap berkhidmat kepada kerajaan yang memerintah serta mempertahankan kedaulatan negara.

Salah netizen lagi!?

Keempat, jika Mat Sabu mahu ungkit tentang ‘seorang Islam kritik’ iaitu Tan Sri Harris Salleh, yang kata ‘anggota tentera hanya makan dan tidur’ ialah Koon Yew Yin.

Yang minta anggota tentera ganti tempat pekerja asing di FELDA ialah Koon Yew Yin. Jadi salah tetap salah.

“Apabila bekas ketua menteri Sabah keluarkan kenyataan minta bekas tentera jadi pengawal keselamatan, manakala tentera wanita elok menjadi amah atau tukang cuci, rakyat tidak melenting. Ia juga merendahkan pasukan tentera.” kata Mat Sabu.

Apanya yang ‘merendahkan pasukan tentera’ jika KDN telah menetapkan syarat ketat kepada agensi pengawal keselamatan dengan mensyaratkan 1/5 daripada pengawal-pengawal Agensi Perkhidmatan Kawalan DIKEHENDAKI terdiri dari bekas Polis dan bekas Tentera?

Bayangkanlah jika tak cukup staf bekas polis dan bekas tentera, no licence dan agensi gulung tikar!

Kelima, Harris Salleh tak pernah pun kata tentera wanita elok menjadi amah atau tukang cuci seperti yang didakwa oleh Mat Sabu!

Bekas Ketua Menteri Sabah kata anggota tentera wanita boleh MEMBANTU membersihkan rumah dan mengadakan kursus-kursus yang dapat membantu golongan surirumah meningkatkan tahap kebersihan dan keselesaan hidup mereka BUKANNYA jadi amah atau tukang cuci.

Sebenarnya, Harris Salleh, bekas Ketua Menteri Sabah itu merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir yang kata jika mana-mana negara mahu menyerang Malaysia, mereka HANYA perlu datang sebab Malaysia tak akan pergi berperang.

Kenyataan itu ketika persidangan antarabangsa mengenai Masa Depan Asia di Tokyo.

Mat Sabu tak mahu bidas kenyataan Mahathir kah?

Keenam, persoalannya sekarang, bilakah parti Mat Sabu dan komponen-komponen dalam Pakatan Harapan mahu memulangkan kembali RM100,000 setiap parti dana PRU yg diberi oleh Koon Yew Yin sebagai tanda menolak penghina ATM ini?

Jangan cakap saja tapi wang ambil juga. – 16 Ogos 2019

DR NOVANDRI HASAN BASRI,
Penganalisis Politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

2 COMMENTS

  1. Bangsatttttttttt…jijik la nk komen apepon psal org tua ni..istilah ataupon kata yg paling tepat utk penyapu buruk mcm dia ni adalah ” TUA TUA SAJA”…hakkkkk puihhhh!!!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.