DAP adalah parti rasis yang berteraskan fahaman komunis, ini yang dikatakan Ariffin Abu Bakar, Presiden Gerakan Islam Melayu (G1M).

Ariffin yang turut dikenali sebagai Ayah Epin berkata demikian ketika ditemuramah wartawan NTHQibord.

Menurut beliau, sifat komunis pada DAP terserlah apabila ‘melanggar’ sesiapa sahaja yang cuba menentangnya, termasuk Perdana Menteri sendiri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Komunis adalah satu fahaman radikal yang suatu ketika dahulu kerap menyerang dan mencederakan orang lain demi mencapai kemahuan nya.

Kini, DAP menggunakan metode yang sama, dengan pelaksanaan berbeza dengan menyebarkan fahaman komunis melalui media sosial.

“Kini pemimpin DAP guna kelebihan teknologi pintar seperti android untuk sebar ideologi mereka,”

“Mereka menerapkan ideologi kebersamaan, bercampur sedikit liberal agar orang memberontak melawan majoriti (Melayu),” katanya.

Related image

Menurut Ariffin, DAP juga tidak pernah menafikan tuduhan komunis itu, dan tidak pernah membuat laporan polis berkenaan dakwaan berkenaan.

“Saya berani dakwa DAP ada fahaman komunis, dan DAP pun tidak nafikan kerana setakat ini belum ada laporan polis untuk menafikan mereka itu komunis,” tegas Ariffin.

Terdahulu, Charles Santiago, pemimpin kanan DAP Selangor cuba ‘melawan’ keputusan Mahathir dalam isu tulisan jawi.

Dakwa Santiago, Perdana Menteri membuat keputusan berseorangan tanpa merujuk pemimpin lain Pakatan Harapan.

Kenyataan Santiago menggambarkan, Perdana Menteri perlu mendapat ‘restu’ DAP terlebih dahulu dalam apa-apa jua keputusan kerana merasakan Mahathir hanya datang dari parti kecil, berbanding DAP.

Sikap DAP yang gemar memaksa dan ‘berkasar’ dengan orang lain itu, memperlihatkan parti itu sememangnya tumbuh dengan ideologi komunis, yang sangat tidak sesuai dipraktikkan di negara ini. – NTHQiBORD, 17 Ogos 2019.

5 COMMENTS

  1. cuba kaji latar belakang dari mana datangnya waris pemimpin2 parti DAPig itu. keturunan pemimpin dia nanti dapat tau darah yang mengalir dalam tuboh dia tu sememangnya darah kotor dari datok nenek moyang dia dulu pemberontak tak puas apa yang dia dapat dan orang lain semuanya tidak betul

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.