M Kulasegaran enggan membuat permohonan maaf kepada pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik.

Kenyataan Menteri Sumber Manusia itu amat mengejutkan walaupun notis undang-undang telah diberikan kepada beliau supaya berbuat demikian atas dakwaan memfitnah.

Tindakan Kulasegaran yang angkuh memberitahu bahawa Zakir tidak perlu menunggu jawapan balas daripadanya dan boleh memulakan prosiding undang-undang bila-bila masa.

“Dia harus menasihati peguamnya untuk memfailkan prosiding, jika dia serius.

“Kerana saya serius dalam memperjuangkan perkara ini, walau apa pun yang berlaku.

“Yakinlah saya tidak akan tunduk dan melarikan diri ke negara lain untuk mendapatkan perlindungan.

“Sebaik tugas selesai, saya akan kembali ke tanah air saya dan mempertahankan tuduhan yang tidak berasas terhadap saya tanpa rasa takut,” katanya.

Kulasegaran juga dengan tegas menyifatkan bahawa beliau tidak akan sesekali tunduk dan akan terus mempertahankan kepercayaan rakyat kepadanya.

“Saya mengalu-alukan peluang untuk menentang sentimen kebencian dan anti-rakyat Malaysia bagi pihak orang yang mengundi saya dan yang bergantung kepada saya untuk melindungi negara ini,” katanya. – 17 Ogos 2019

3 COMMENTS

  1. ….Kula oh Kula….apa yg kau cakap ni…” menentang sentimen kebencian dan anti-rakyat Malaysia bagi pihak orang yg mengundi saya dan bergantung kepada saya untuk melindungi negara ini “…..

    ….sentimen kebencian oleh siapa ???….siapa yg anti-rakyat Malaysia ???…..pengundi kau bergantung kepada kau untuk melindungi negara ini dari siapa ??? oh ya….hanya kau saja yg boleh diharap dapat melindungi negara ini…sebab kau ni jenis manusia yg tidak tidur dan makan saja….
    .

  2. sepatutnya patel tu dinyah dari Tanah Melayu ini. sebab keturunan dia yang dibawa oleh british dulu. dah bagi tumpang banyak cerita pulak. pemimpin2 Melayu lemah karat takut sebab tu pendatang yang dibawa british jadi koli dulu dah naik kepal semua. dia ingat tok moyang dia berasal diTanah MelYu ini. tak sedar diri. peee mampos lerrrr.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.