BEKAS Menteri, Tan Sri Rafidah Aziz menyelar pemimpin kerajaan hari ini supaya berhenti memainkan watak sandiwara bagi tujuan kepentingan masing-masing.

Rafidah menjelaskan bahawa ahli politik perlu berhenti menyasarkan kepentingan kelompok tertentu yang sepatutnya memikirkan apa yang akan berlaku kepada keseluruhan rakyat Malaysia.

“Setiap kita mempunyai peranan dan saya katakan peranan untuk diambil tanggungjawab bukan peran (watak) untuk dilakonkan.

“Sekiranya kita ‘memainkan watak’ maka kita ada masalah hari ini.

“Saya memainkan peran sebagai ahli politik Melayu, sebagai ahli politik Cina, ahli politik India atau daripada parti politik apa pun, kesan memainkan peran kamu tahu?

“Ahli politik kini gemar mengeluarkan kenyataan bagi kepentingan kelompok kecil semata-mata.

“Saya bercakap ikut kehendak khalayak. Cukuplah memainkan peran jika kita mahu negara yang harmoni,” katanya. – 17 Ogos 2019

2 COMMENTS

  1. mak cik lagi kuat sandiwara. kalah fauziah nawi. siapa tak tahu. malas nak cakap sebab awak ada kuasa dan kaya. atas dunia ni boleh lah, tunggu ler nanti…..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.