KEDAH dan Perlis sudah membuat keputusan tidak membenarkan penceramah terkemuka, Dr Zakir Naik untuk berdakwah dan memberi ceramah di kedua-dua negeri ini.

Keputusan itu dibuat susulan tekanan kerajaan DAP-Pakatan Harapan (PH) terhadap penceramah itu yang kononnya didakwa menggugat keharmonian negara.

Tetapi kerajaan Perak dan Pulau Pinang tidak mengambil langkah drastik untuk tidak membenarkan Zakir Naik meneruskan aktivitinya itu.

Kerajaan Pulau Pinang hanya berkata Zakir Naik tidak digalakkan untuk menyampaikan ceramahnya di negeri itu tetapi itu tidak bermakna beliau tidak dibenarkan berbuat demikian.

Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) hanya berpendapat kaedah beliau tidak sesuai di negeri itu.

Kerajaan Perak pula tidak menghalang mana-mana penceramah bebas termasuk Zakir Naik untuk menjalankan aktiviti berceramah di negeri itu.

Namun majlis agama negeri itu masih perlu meneliti setiap permohonan program yang diadakan bagi memastikan tujuannya tidak menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

Jumaat lepas, Zakir Naik memberi keterangan polis di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam susulan beberapa kenyataan kontroversi. – 18 Ogos, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.