DAP merupakan ‘kingmaker’ (penentu) selepas Pakatan Harapan berjaya merampas kerajaan dari BN dalam pilihan raya umum ke-14 lalu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri berkata, sebelum PRU14, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang telah memberi gambaran kepada Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad mengenai rancangan tersebut.

Najib berkata Kit Siang mencadangkan penguasaan PH di Putrajaya dapat dicapai melalui rampasan 10 hingga 15 peratus daripada undi UMNO .

Menurutnya, maklumat tersebut diperolehi daripada seorang pemimpin yang dahulunya pernah bersama Dr Mahathir ketika menentang UMNO, dan kini pemimpin yang tidak dinamakan itu merupakan salah seorang teman rapatnya.

“Dia (pemimpin tidak dinamakan) ada dalam mesyuarat tu. Dia seorang pemimpin masa dulu menentang kita (UMNO), dia ikut Dr Mahathir, dia dengar sendiri Kit Siang kata; ‘Dr Mahathir, tubuh parti Melayu yang baru.’ Dia (Kit Siang) kata dalam bahasa Inggeris; ‘Mahathir set up a new Malay party.’

“Dan matlamat, your objective dia kata; ‘tarik 10, 15 peratus undi UMNO saja, kita boleh tubuh kerajaan’ – maknanya kalau mereka berjaya, kita akan jatuh. Tetapi, yang jadi ‘kingmaker’ (penentu) adalah parti DAP,” katanya.

Najib berkata demikian dalam perhimpunan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pekan hari ini menerusi siaran langsung Facebook beliau.

“Inilah menyebabkan keadaan yang kita hadapi hari ini, sebab itu kerajaan hari ini terpaksa beri jawatan menteri kewangan yang saya tak sebut menteri kewangan tapi menteri ‘kewayangan’ kepada Lim Guan Eng.

“Terpaksa bagi (jawatan) peguam negara kepada calon mereka, terpaksa bagi jawatan penting yang lain kepada DAP, yang menyebabkan hari ini tekanan demi tekanan dilakukan kepada kita semua,” katanya lagi. – 18 Ogos, 2019.

1 COMMENT

  1. DAPig adalah sebuah parti 100% rasis anti Melayu Islam. tapi ada juga Melayu bangsat yang menyokong mereka. tak ubah seperti pengkhianat bangsa. sama seperti Tun Sri Lanang dan Othman Wok. lepas bangsa Melayu jahanam barulahereka2 ni minta maaf. Itu pon kantong mereka dah penoh. apa gunanya. Bangsa Melayu yang bagini semuga dilaanati Allah s.w.t hendaknya. InsaAllah. zaman akhir ini rasanya mereka akan dapat bayaran dengan segera dari Allah s.wnt

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.