ZURAIDA Kamaruddin bakal meyakinkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan dalam tempoh tiga tahun.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, Pulau Pinang mungkin menjadi negeri pertama untuk memulakan pilihan raya tersebut diikuti Selangor.

“Sebagai menteri, sudah menjadi tugas dan tanggungjawab saya untuk meyakinkan Dr Mahathir bahawa kita bersedia untuk pilhan raya kerajaan tempatan.

“Sebaik sahaja kabinet bersetuju, pilihan raya tersebut akan dijalankan bermula dari negeri Pulau Pinang dan Selangor yang telah menunjukkan kesediaan untuk mengadakan pemilihan.

Namun, Zuraida turut berkata bahawa mungkin Tun M tidak dimaklumkan mengenai status lanjut isu berkenaan atau mungkin didedahkan dengan maklumat negatif.

“Dr Mahathir sebelum ini pernah menolak idea tersebut.

“Namun, menjadi bertanggungjawab saya untuk meyakinkan PM bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia akan pilihan raya itu,” katanya.

Tambahnya, beliau juga telah bertemu dengan Tun M untuk menjelaskan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan tidak akan mengundang ketegangan kaum.

“Rakyat Malaysia sudah menunjukkan kematangan sejak 9 Mei tahun lalu.

“Perubahan kerajaan menunjukkan bahawa rakyat cukup matang membuat keputusan yang bijak, mereka bersedia untuk pilihan raya tempatan.

“Tiada siapa yang akan rugi jika ia (pilihan raya kerajaan tempatan) dilaksanakan.

“Walaupun bakal ada masalah kerana ia merupakan satu proses panjang, kami akan atasinya,” katanya. – 17 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.