RAKYAT Malaysia khususnya ahli PAS dan UMNO diingatkan tidak terpedaya dengan helah segelintir pihak yang cuba merosakkan kerjasama kedua-dua parti itu, kata Idris Ahmad.

Naib Presiden PAS itu berkata, ada unsur yang cuba menggugat kerjasama UMNO dan PAS menjelang hari bersejarah kedua-dua parti menandatangani piagam kerjasama pada 14 September depan.

“Menjelang 14 September di PWTC, bermacam usaha (dilakukan) supaya tak jadi.

“Ucapan pemimpin PAS yang kata (kutuk) UMNO pada masa dahulu ditular untuk timbul kerajaan supaya kerjasama tidak jadi.

“Apabila orang minta komen, saya jawab mana ucapan mereka dahulu Mahafiraun, Mahazalim, kepala perompak, rasis, perkauman, kaki liwat, dan perkataan yg tidak enak didengar.

“Kalau mereka boleh bekerjasama atas matlamat yg sama, apa salahnya kami hdk bekerjasama untuk Islam dan negara.

“Rilekslah jangan gundah gulana.

“Kalau rakyat berani buat perubahan, sehingga sebiji pasu bunga tidak pecah di Putrajaya dalam PRU 14.

“Jangan pula ada orang berguling daripada Putrajaya ke Dataran Merdeka selepas PRU15,” katanya. – 18 Ogos, 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.