SUDAH hampir sebulan kes kehilangan dua anggota tentera anak Sarawak iaitu Koperal David Edmund Rapi dari Dalat, Mukah dan Lans Koperal Moses Logers dari Senibung, Lundu.

Satu kehilangan yang penuh misteri sejak kedua-duanya menyertai operasi di Pulau Perak, Kedah.

Kita sebagai rakyat Sarawak telahan kedua-dua keluarga anggota tentera yang terlibat masih lagi menunggu dengan penuh sabar akan berita mengenai kedua-duanya.

Hari ini, Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yakni Ahli Parlimen Santubong turut memberikan penyataannya akan hal ini yang mana menurut beliau usaha untuk mencari dua anggota tentera anak Sarawak itu mendapat layanan kelas kedua jika dibandingkan dengan kes pencarian seorang warga Perancis yang hilang baru-baru ini.

Menurut beliau hampir 350 anggota penyelamat dikerahkan untuk mencari seorang pelancong jika dibandingkan dengan dua orang anggota tentera itu.

Bukan untuk mempolitikkan isu ini sebaliknya menurut WJ, pihak kerajaan harus bertindak adil di dalam mana-mana kes kehilangan bukannya hanya membiarkan ia sebegitu sahaja.

Walaupun kedua-dua anggota tentera tersebut bukannya daripada keluarga yang kaya raya sehingga mampu menawarkan 10,000 ribu pound sterling untuk sesiapa yang menjumpai mereka.

Untuk rekod berdasarkan kepada berita daripada MINDEF, mereka telahpun menamatkan operasi pencarian setelah mengambil kira laporan daripada Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebagai agensi peneraju atas kesahihan jelas bahawa tiada sebarang petunjuk dan tiada penemuan sebarang jasad selepas 72 jam operasi dilaksanakan.

Kehilangan kedua-dua anggota tentera anak Sarawak ini wajar diberikan perhatian kita semua dan tidak boleh kita senyapkan.

Pihak Kementerian Pertahanan harus memberi penerangan kepada umum apakah yang berlaku sekarang terutama sekali kepada kedua keluarga yang terlibat.

Setiap satu nyawa rakyat Malaysia itu berharga lebih-lebih lagi dua anggota tentera yang sedang berkhidmat menjaga keamanan negara. – 18 Ogos 2018.

BINTULU NEWS PAGE.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

  1. Bukan taikun Pro DAP kata askar makan tidur aje ke? Macamana boleh hilang kalau askar makan tidur aje? Itulah hakikatnya!!! Jika tiada wang Bumiputera atau askar mahupun penjawat awan akan dipinggirkan. Jika kes ini melibatkan individu asing, jutawan (kes penculikan di Sabah) dan bangsa DAP/Cina (seperti kes kemalangan di Phuket) semua agensi kerajaan akan dikerah untuk membantu mangsa dan keluarga!!! Sedarlah wahai bumiputera di Malaysia anda adalah hamba-abdi kepada bangsa DAP walaupun anda penduduk asal negara ini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.