SEMUA rakyat Malaysia disery menandatangani petisyen untuk mengharamkan pertubuhan pro-DAP Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) , yang disifatkannya sebagai pertubuhan yang rasis.

Seruan itu disuarakan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi catatan di Facebooknya semalam.

Beliau menyuarakan gesaan itu ketika memaklumkan tentang kunjungan Exco Armada Bersatu (Armada), Muzammil Ismail yang mahu mendapatkan nasihatnya berhubung pengharaman persatuan itu.

“Menerima kunjungan exco Armada Pusat Parti Bersatu saudara Muzammil.

“Beliau datang berbincang dan bertanya pendapat dalam usaha mereka mendesak pengharaman Dong Zong.

“Saya menyokong usaha itu sepenuhnya. Saya mengajak semua (rakyat) Malaysia menandatangani petisyen sokongan pengharaman pertubuhan rasis Dong Zong,” katanya.

Awal minggu ini, Armada Bersatu melancarkan petisyen atas talian bagi pengharaman tersebut kerana menganggap Dong Zong sebagai keterlaluan dan mempunyai niat menggugat perpaduan masyarakat. – 18 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.