SAYA percaya yang dimaksudkan oleh Nga Kor Ming yang datuk nenek mereka juga adalah pejuang Perang Dunia II adalah para pejuang MPAJA yang kemudiannya membentuk pejuang gerila PKM.

Sejarah orang-orang Cina di Tanah Melayu yang menentang Jepun disebabkan Jepun mula-mula menakluki Manchuria, bahagian timur Laut China sebelum meletusnya Perang Dunia II sekitar tahun 1939.

Setelah Perang Dunia II meletus secara rasmi sekitar tahun 1941 di mana Jerman dan Itali membentuk perikatan di barat manakala Jepun mula memerangi negara-negara China dan Asia Tenggara.

Dengan penglibatan Amerika Syarikat, Great Britain dan beberapa negara di Eropah membentuk satu kuasa yang menentang blok Jerman, Itali dan Jepun ini maka Perang Pasifik semakin meluas sehingga ke tanah jajahan mereka.

Di Tanah Melayu, orang-orang Cina yang datang sebagai imigran ini ada yang telah kembali ke China untuk bersama rakyat menentang Jepun.

Mereka juga telah menghantar bantuan kewangan untuk logistik dan ketenteraan.

Di Tanah Melayu mereka menganggotai pasukan bersenjata Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang mana sebahagian persenjataan ini dibekalkan oleh British sebagai pasukan gerila.

Setelah Jepun menyerah kalah dek ledakan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki dlm tahun 1945, maka pemerintah Jepun di Tanah Melayu juga telah menyerah kalah.

Sebaik saja Jepun menyerah kalah, keadaan keselamatan negara berada dalam “vocum power” atau kekosongan kuasa.

Situasi ini dengan segera diambil peluang oleh pejuang MPAJA untuk berkuasa. Ia dinamakan era Bintang Tiga yang memerintah Tanah Melayu selama 14 hari.

Setelah Malayan British Army (MBA) kembali ke Tanah Melayu, maka berlaku penentangan antara MPAJA dengan MBA.

Ini kerana perang menentang Jepun telah tamat dan MBA mahukan MPAJA dilucuntukan senjata. Namun MPAJA enggan tunduk kepada British lalu kembali masuk ke hutan bagi menentang British pula yang akhirnya membentuk Parti Komunis Malaya (PKM).

Jadi saya amat percaya yang dimaksudkan oleh Nga itu ialah pejuang MPAJA dan juga pejuang gerila komunis.

Ini kerana keturunan Nga adalah berasal dari Sitiawan, Perak di tempat kelahiran Chin Peng, setiausaha agong PKM. Nga Kor Ming juga mempunyai pertalian persaudaraan dengan Chin Peng.

MEGAT HISEMUDIN MEGAT KASIM,
Pemerhati politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.