ESOK, taikun pro-DAP akan dipanggil polis untuk siasatan menghina tentera Malaysia.

Hari ini, taikun itu, Koon Yew Yin mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah menulis surat kepada tentera Malaysia (ATM) kerana kenyataannya yang menghina anggota tentera.

Ini adalah permohonan maaf kali kedua selepas dia membuat demikian secara terbuka selepas teruk dikecam rakyat Malaysia.

Segalanya berpunca apabila taikun IJM dan Gamuda ini menghina tentera yang dilabelnya sebagai hanya tahu makan dan tidur sahaja.

Sudahlah dihina, dia memandai-mandai cadang tentera kerja di ladang Felda.

Tapi semua penghinaan itu menerima padah apabila rakyat Malaysia bangkit mengecam sikapnya yang melampau itu.

“Saya telah menulis surat meminta maaf kepada anggota tentera di atas kesilapan saya.

“Saya kesal kerana menggunakan perkataan yang menghina ketika meminta anggota tentera yang merupakan bahagian terbesar dalam perkhidmatan awam supaya membantu Felda.

“Saya tiada niat untuk menghina sesiapa. Saya meminta maaf di atas kesilapan saya. Saya benar-benar menghargai pengorbanan dan sumbangan anggota tentera kepada negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. – 18 Ogos, 2019.

2 COMMENTS

  1. Setakat mnta maaf x wajar.Sbb ni sdh jd trend skg.Mngkuranghajarkn diri hingga melibatkan
    maruah bangsa dan ketenteraman negara mnjadi kacau bilau.Sbb semakin berani dn k.ajar dewasa ini jga dari pihak2 yg sma.

  2. Typical of DAP… come with a racist statement, if public reject it then they will apologise BUT if public keep quite, then the statement will be supported by DAP MP’s and suggestion will be implemented. STERN ACTION SHOULD BE TAKEN to set an example to all Malaysian, to carefully think before writing or speaking your mind out

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.