PENCERAMAH Antarabangsa, Dr. Zakir Naik sudah kali kedua tidak dibenarkan mengadakan ceramah susulan kontroversi yang melanda pendakwah terbabit.

Datuk Dr Ismail Salleh mengambil pendekatan yang sama selepas negeri Perlis bertujuan untuk memastikan keharmonian kaum di negara ini terpelihara.

“Zakir dibenarkan mengunjungi Kedah cuma tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana program.

“Buat masa sekarang kita harus utamakan keharmonian kaum.

“Jangan simbah minyak pada api, bimbang api menyala lebih besar dan kita tak mahu pertaruhkan perpaduan sedia ada,” katanya.

Exco Agama Kedah turut memberitahu bahawa kerajaan negeri tidak menghalang sekiranya sesuatu program itu memberi manfaat dan membenarkan penganjurannya.

“Zakir pernah terbabit dalam program di Universiti Utara Malaysia (UUM) April lalu, namun dikenakan syarat ketat antaranya hanya membicarakan topik yang diberikan penganjur.

“Ketika itu beliau patuh dengan tajuk diberikan iaitu berkisar kepada motivasi pelajar.

“Malah penganjur merujuk program berkenaan kepada pejabat Mufti Kedah dan Exco.

“Tapi jika mahu anjurkan program sekarang, kita kekal pada pendirian tidak membenarkan beliau,” katanya.

Sementara itu, Dr. Ismail turut memberitahu bahawa setakat ini tiada permohonan daripada mana-mana pihak di negeri ini mahu anjurkan ceramah untuk Zakir – 18 Ogos 2019

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.