JANGAN sesekali menzalimi Dr. Zakir Naik kerana penceramah bebas dari India itu tidak pernah memaksa sesiapa pun masuk Islam, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata, Zakir hanya mendedahkan hakikat mengenai Islam melalui kajian yang dilakukan beliau secara mendalam.

“Jangan menzaliminya, kalau tidak mampu berhujah dan jangan membuat kenyataan sembarangan kalau tiada pengetahuan berkenaannya, nanti diketahui siapa yang sebenarnya bodoh.

“Lebih malang lagi sekiranya termasuk dalam senarai orang-orang yang dihukum bodoh oleh Allah,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya, semalam.

Semalam, Zakir memberi keterangan selama tujuh jam kepada pihak polis berhubung kenyataan kontroversi didakwa boleh mengancam keamanan negara.

Beliau yang juga pemegang taraf penduduk tetap (PR) itu akan dirakam percakapan buat kali kedua pada Isnin ini.

Zakir menjadi mangsa putar belit media pro-DAP yang menuduh pendakwah itu menghina penduduk India dan Cina di negara ini ketika menyampaikan ceramah baru-baru ini.

Ucapannya itu dipotong dan diambil luar konteks sehingga mencetuskan salah faham dalam kalangan bukan Islam. – 19 Ogos, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.