PULAU Pinang akan menjadi tuan rumah pada Sidang Kemuncak Makanan Laut Dunia 2019 (WSC) yang akan dihadiri kira-kira 350 perwakilan bulan depan.

Bagaimanapun negeri itu kini berhadapan dengan isu apabila kira-kira 50,000 ikan dilaporkan mati di perairan Teluk Bahang.

Phee Boon Poh, Exco Alam Sekitar Pulau Pinang mengesahkan kehadiran logam berat dalam laut, menyebabkan puluhan ribu ikan tidak dapat meneruskan kehidupan.

Beliau juga mendakwa kejadian kematian ikan sejak Mei disebabkan oleh kekurangan oksigen terlarut di dalam air.

Pada 15 Ogos lalu, Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Nazri Ahmad menggesa kerajaan negeri memulihkan semula air laut yang dikatakan tercemar akibat projek penambakan negeri.

Mendakwa pencemaran air laut akibat sisa penambakan, Nazri berkata keadaan itu mengakibatkan kekurangan sumber laut seperti ikan, udang dan ketam sepanjang dua tahun lalu.

Masalah yang dihadapi Pulau Pinang ini melambangkan kegagalan kerajaan negeri menangani ekosistem dengan baik hingga menjejaskan industri perikanan.

Semestinya ia juga menjejaskan pendapatan para nelayan yang menjadikan hasil laut sebagai mata pencarian.

Pulau Pinang yang ditunjangi parti DAP seringkali ditimpa pelbagai permasalah pengurusan yang melibatkan pengurusan alam.

Pulau Pinang juga negeri terbanyak yang melibatkan tanah runtuh akibat pembangunan kerana pemberian projek yang tidak terkawal.

Jika ‘kerosakan ini’ yang menjadi kebanggaan DAP yang menyatakan mereka bijak mentadbir, maka ia suatu tanda yang sangat tidak baik buat negara kita. – 19 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.