TULAR di media sosial video dalam suatu majlis yang memaparkan ucapan seorang yang menyebut tentang Malaysia.

Video yang berdurasi 2 minit 53 saat itu memaparkan ucapan seseorang yang disebut sebagai “duta” yang fokus kepada Asia dan Afrika, khusus di Afrika Selatan, China dan terkini Malaysia.

Dalam ucapannya, duta tersebut menyentuh tentang Malaysia sebuah negara yang tidak dapat ditembusi sebelum ini.

Katanya, dalam Pilihan Raya Umum yang lalu Tuhan telah membisikkan dalam hati rakyat dan kerajaan yang ada dapat ditumbangkan.

“Tahun ini kerajaan saya dapat ditubuhkan di Malaysia, tetapi bukan kerajaan rasmi yang dipilih melalui pilihan raya, tetapi kerajaan Tuhan, raja kepada pemilik tanah rakyat,” kata Duta itu.

Ucapan ini menimbulkan persoalan tentang apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan tidak rasmi yang bukan dipilih secara rasmi?

Apakah ada kerajaan dalam kerajaan yang cuba disorok oleh kerajaan DAP-PH hari ini.

Apakah ada agenda sulit secara tidak sedar sedang berlangsung Malaysia?

Walaupun tidak jelas tentang majlis apakah yang dipaparkan dalam video tersebut, begitu juga lokasi dan individu terbabit, tetapi jelas menyebut tentang Malaysia dan agendanya.

Adalah diharapkan semua umat Melayu Islam membuka mata dan telinga akan perkara ini.

Hal ini kerana, Dr Kamarul Yusoff pernah mendedahkan agenda Evanglist di Malaysia melalui pimpinan DAP.

Dalam perkembangan lain, Pertubuhan Evanglist Christian mengaku mereka sudah menguasai Kerajaan PH sekarang dan ramai ahli-ahlinya sudah jadi Menteri dan Timbalan Menteri duduk dalam kabinet kerajaan. Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini? – 19 Ogos 2019

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.