HANYA mereka yang ‘buta, pekak dan bodoh’ sahaja yang akan mengatakan tiada perbezaan antara pentadbiran Pakatan Harapan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, kata Tun Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata sesetengah pihak hanya melihat perkara buruk walaupun terdapat banyak perubahan dan pembaharuan yang telah diperkenalkan dalam menjadikan pentadbiran lebih cekap, berkesan dan telus.

“Adakah kami meminjam RM42 bilion? Adakah kami mempunyai 1MDB sendiri? Ada saya mencuri duit? Ada saya memberi rasuah? Buktikan jika saya memberi rasuah dan boleh bawa saya ke mahkamah dan dakwa saya.

“Kami akan mengehadkan tempoh memegang jawatan PM (perdana menteri) kepada dua penggal. Ada Najib buat demikian?

“Kami membahaskan mengenai 1MDB, tapi adakah Najib membenarkan perkara mengenai 1MDB dan yang lainnya dibahaskan?

“Tidak ada…Untuk berkata tiada perbezaan, hanya yang buta, pekak dan bodoh sahaja akan mengatakannya,” katanya.

Tun Mahathir mengulas mengenai kenyataan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bahawa terdapat usaha pihak tertentu untuk menjejaskan PH.

Beliau berkata mereka ini tidak menghargai perkara yang baik yang diterima daripada kepimpinan PH.

“Mereka mengatakan tidak ada perbezaan (antara PH dan BN)…mereka hanya melihat perkara buruk kerana mahu menjatuhkan kerajaan,” katanya. – 19 Ogos 2019.

3 COMMENTS

  1. Bn mmg lebih jauh terbaik dr ph..semua yg rakyat kecapi hari ini hasil dr bn.apa ko ph nk menafikn lg.ph bru 2 thn apa yg ph blh buat dlm 5 tahun ini.?? Apa yg bn buat semua dh cukup..hnya utk ph perkemaskn politik nye shj.tk perlu nk fikirkn pasal pembangunan yg semmg dh dh tersediakn oleh bn utk ph mkn gaji buta.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.