GAMBAR kek berbentuk Putrajaya yang tertera perkataan PM8 sebagaimana tular di media sosial sejak semalam.

Ia adalah hadiah daripada peminat dan penyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, ia menjadi bahan jenaka pengguna media sosial kerana menggambarkan pemimpin itu tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri ke lapan.

“Kesian tgk muka cartoon dlm cake tu…sedih ja muka…mmg PM tepi tangga….dok tepi tangga luar bangunan plak tu….sayu je muka…sayu hati sayu sekali melihat dikau….” – Ryan Iskandar

“Kami marah btui sb kek tu ada ka ltk patung tepi pmo…patut btlah dok dlm..ni btui2 pm tepi ni,” – Mohd Amir

“Kek sepatutnya dibuat dlm keadaan ANWAR ddlm bangunan PUTRAJAYA itu sendiri berbanding dngn yg sediada apabila sudah ditulis PM 8…Kerana ianya membayangkan… Anwar hnya duduk diluar yg mungkin dlm keadaan masih berangan angan… Sedangkan didlm bangunan itu sudah ada didlmnya pemilik PM 8 yg sebenarnya…. Kek membayangkan kegagalan cita2 Anwar…. Salah konsep!” – Mat

Respon warga maya boleh dibaca dan diakses di laman Facebook Sinar Harian dan Malaysiakini.

Bagaimanapun, Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail berkata, tulisan yang tertera pada kek itu bukan arahan daripada pejabat presiden parti berkenaan.

“Ia dibuat oleh peminat-peminat sama ada orang ramai atau perseorangan serta pimpinan kecil yang menyanjung serta ingin menyatakan rasa keterujaan kepada beliau,”

“Pada saya ia bukan menjadi satu kesalahan,” katanya.

Tambah beliau, perkataan PM8 juga bukan perkataan menghina dan tak melanggar apa-apa etika.

Azan juga mengakui beliau tidak menolak kemungkinan terdapat juga gambar-gambar yang dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kadang-kadang kita bimbang juga sekiranya ada orang yang memanipulasi gambar itu untuk tujuan tidak baik seperti membuat penambahan, edit dan sebagainya supaya benda itu nampak tak baik,” katanya. – 19 Ogos 2019

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.