RASUAH semakin memburuk di Malaysia.

Hal ini disuarakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Latheefa Koya seperti dipetik Malaysiakini.

Beliau menyuarakan kebimbangannya apabila hampir separuh daripada jumlah individu ditahan berhubung kesalahan rasuah melibatkan kakitangan awam.

“Kebanyakan kesalahan rasuah yang berlaku pula membabitkan kakitangan dalam sektor perolehan,” katanya.

Separuh daripada jumlah yang ditahan itu pula terdiri daripada golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah.

“Perkara ini lebih merisaukan apabila 53.4 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan kerana kesalahan rasuah adalah golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada April 2019, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan agenda membanteras rasuah.

Banteras rasuah menjadi keutamaan kerajaan Pakatan Harapan yang turut dimuatkan dalam manifesto PH sebelum 9 Mei 2018.

Bagaimanapun, tidak ada perubahan skala pembasmian rasuah, sebaliknya semakin menemui peningkatan seperti yang dilaporkan SPRM. – 19 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.