BEBERAPA sekolah vernakular di sekitar Lembah Klang dipercayai mula menaikkan kain rentang sebagai tanda membantah pembelajaran tulisan Jawi dan seni khat di sekolah tersebut.

Antaranya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Batu Caves dimana gambar pemasangan kain rentang terbabit tular di laman Twitter.

Gambar itu dikongsikan oleh seorang pengguna @TheUsopIbrahim sehingga mendapat ulang kicau sebanyak 2,505 dan 1,233 tanda suka.

Bagi seorang pemilik akaun @Rae Zalani, tindakan memasang kain rentang sebagai tanda protes adalah tidak patut kerana boleh mencetuskan sentimen perkauman di negara ini.

“Saya dari SJKC dan belajar kaligrafi Cina, tapi saya kurang setuju tindakan nak pasang kain rentang tanda protes,”

“Kabinet bagi kelonggaran untuk tolak subjek Khat (Jawi) bagi vernakular. Bukankah boleh membangkitkan kebencian kaum?” kongsinya.

Pemasangan kain rentang itu dipercayai bagi membantah pembelajaran jawi yang akan dilaksanakan secara optional di sekolah vernakular.

Mesyuarat Kabinet baru-baru ini juga bersetuju, memuatkan silibus jawi sebanyak tiga muka surat di dalam buku teks berbanding enam muka surat yang diputuskan sebelum ini.

Malah, selepas didesak menteri kabinet DAP dan Dong Zong, pengenalan khat dalam tulisan jawi juga dilaksanakan hanya jika dipersetujui oleh PIBG. – 19 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.