SEORANG wartawan Cina memalukan industri media apabila gagal menjawab tentang Perlembagaan ketika ditanya seorang menteri.

Kejadian itu berlaku pada sidang media sempena Minggu Usahawan Nasional 2019 (MUN2019) di Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur hari ini.

Menerusi rakaman video  disalah sebuah media tempatan, Menteri Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menjawab soalan daripada seorang wartawan Cina mengenai kenyataan beliau sebelum ini.

“Jadi apanya terlalu memberi muka kepada kehendak yang rasis,” soal wartawan itu.

Redzuan menjawab, “Memberi muka? Macam mana memberi muka?”

“Sebelum ini, YB ada memberi kenyataan orang Melayu terlalu memberi muka kepada yang rasis sehingga menyebabkan banyak masalah yang berlaku,” soal wartawan itu lagi.

“Itu betul kerana Melayu di Asia terlalu memberi keselesaan. Berbagai bangsa kena belajar Perlembagaan.

“Supaya kita faham. Saya nak tanya saudara saudari, apa Perlembagaan kita? Apa rukun negara kita? Tahu tak?,” soal Redzuan kepada wartawan itu.

Wartawan itu menjawab, “Tak tahu.” – 19 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.