KENYATAAN Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor dibidas oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Roslan Shahir.

Ini berikutan gesaan Rahim Noor supaya status Pemastautin Tetap (PR) Dr Zakir Naik dibatalkan dan tokoh itu dihantar pulang.

“Dalam ramai-ramai umat Islam Malaysia yang bersimpati dan menyokong pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik, ada juga saki-baki keturunan si Kitol yang bersuara sebaliknya,” kata Roslan.

Roslan menyifatkan Rahim, sebaris dengan Rafidah Aziz dan Syed Saddiq yang mahu Zakir Naik keluar dari Malaysia.

“Rahim status PR Zakir wajar dibatalkan dan beliau dihantar pulang ke India. Tambahnya kita tidak perlukan pendatang asing yang datang ke sini menggunakan agama untuk mencetuskan huru-hara dan kekacauan.”

“Masalahnya Rahim masih sihatkah mentalnya dan tahukah apa yang sebenarnya sedang berlaku?” kata Roslan.

Roslan mempertikaikan iaitu sejak bila pula berlaku huru-hara (“chaos” ikut The Star) dan kekacauan di Malaysia dengan kehadiran Dr Zakir?

Roslan juga turut menyatakan dalam twitternya bahawa tiada sesiapapun di Malaysia yang pernah dipukul oleh orang yang mendengar cermah Zakir Naik.

Bagi beliau, Rahim sesungguhnya tidak punya rekod yang baik untuk bercakap bagi pihak sesiapa pun.

Roslan turut mengimbau peristiwa pada tahun 1998 ketika Rahim membelasah Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lokap. Ketika itu Anwar diikat mata dan tangan.

Pada tahun 2000 mahkamah mensabitkan kesalahan Rahim dan menjatuhkan hukuman dua bulan penjara.

Roslan turut mengingatkan bahawa semasa Rahim menjadi KPN berlaku demonstrasi jalanan yang mengakibatkan ribuan ditembak gas, dibelasah dan ditahan semata-mata kerana berhimpun secara aman.

Baginya, dengan rekod lampau yang buruk, tiba-tiba hari ini tanpa segan-silu Rahim bangkit mahu mencadangkan Dr Zakir dihalau pulang ke India.

“Mungkin cucu si Kitol inipun perlu mencermin wajahnya terlebih dahulu,” kata Roslan lagi. – 19 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.