‘SAYA merayu, jangan biarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berseorangan dalam soal Zakir, kita mesti bersama mempertahankan beliau,’ demikian kenyataan yang dibuat oleh Pendakwah, Profesor Dr. Mohd. Abdullah.

Dr. Mohd ketika membuat seruan kepada seluruh Muslim dan mualaf itu dilihat tidak berjaya menahan sebak sehingga mengalirkan air mata berkenaan isu mahu Zakir diusir dari negara ini.

“Tun Dr. Mahathir masih mempertahankan Dr. Zakir Naik.

“Kalau Zakir diusir keluar, kita tidak akan jumpa dia lagi, tidak akan dengar lagi dakwahnya dan kita mesti bersuara mempertahankan Zakir.

“Umat Islam tidak patut membiarkan Dr. Mahathir berseorangan dalam berhadapan pihak-pihak yang terus mendesak pendakwah antarabangsa itu diusir keluar,” katanya.

Selain itu, Dr. Mohd turut mendakwa musuh Islam menjadikan satu kesalahan Zakir sebagai peluang untuk mengusir beliau sedangkan ribuan kebaikan pendakwah tersebut tidak disebut.

“Ramai lagi pihak yang mengeluarkan kenyataan lebih buruk termasuk menggelarkan Melayu sebagai pendatang namun mereka terus bebas bersuara tanpa dikenakan sebarang tindakan.

“Bukalah mata semua, kalau kita tidak pertahankan Zakir, siapa lagi hendak pertahankannya.

“Mereka pasti akan bertepuk tangan sekiranya Zakir berjaya diusir keluar,” ujarnya. – 19 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.