PEMIMPIN DAP yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa parti pembangkang, UMNO dan PAS mahu mengambil hak orang bukan Melayu dan bukan Islam.

Beliau juga mengaitkan kerjasama MCA dan MIC yang kini semakin rapat dengan UMNO dan PAS sebagai ‘satu pasukan’ untuk merampas hak bukan Melayu dan bukan Islam.

“MCA atau MIC yang cuba menakutkan-takutkan tentang ekstremis kaum dan agama yang membahayakan golongan bukan Melayu dan bukan Islam, sedang bekerjasama secara erat dengan UMNO dan PAS yang mahu mengambil hak-hak orang bukan Melayu dan bukan Islam,” kata Guan Eng.

Bagaimana pun beliau tidak menerangkan secara terperinci ‘hak bukan Melayu dan bukan Islam yang cuba diambil’ oleh UMNO dan PAS itu.

Tambah Setiausaha Agung DAP itu, PAS, UMNO, MCA dan MIC juga sedang bermimpi untuk mengambil kembali Kerajaan Persekutuan.

Beliau mendakwa parti pembangkang tidak akan berjaya kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited untuk mengamalkan pendekatan yang rasional terhadap membina negara dan dalam mengurus isu-isu panas.

Walaupun pentadbiran beliau kerap dicemuh, Guan Eng berkata, kerajaan PH komited untuk mendengar daripada rakyat termasuk pandangan-pandangan berbeza.

“Ini sebahagian daripada demokrasi dan pimpinan DAP akan terus memainkan peranan aktif ke arah proses membuat keputusan yang lebih baik,” katanya. – 19 Ogos 2019

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.