ISU video seks yang membabitkan Menteri Ekonomi masih belum sampai ke penghujungnya.

Kali ini, seorang pemilik akaun Facebook, Hafizi Harris mendakwa bahawa pakar dari United Kingdom mengatakan wajah dalam video seks itu ialah Azmin Ali.

“Pakar dari UK pun kata dalam video semburit tu Azmin Ali, pakar di Malaysia pula kata video tulen pelaku mirip menteri masih tak dapat dikenalpasti,” kata Hafizi.

Namun, Hafizi juga tidak memberikan mana-mana pautan yang dapat dijadikan rujukan.

Cuma, yang tertera pada gambar laporan itu ialah Verden Forensics. Nama pemeriksa pula agak tidak jelas kerana gambar beresolusi rendah. Selepas carian dibuat melalui google, nama pakar pemeriksa ialah James Zjalic.

Syarikat yang terletak di Quadrant Court, Calthorpe Rd, Birmingham B15 1TH, UK ini menyediakan khidmat forensik untuk audio, video dan telefon bimbit.

Laporan tersebut setebal 55 muka surat.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara mengumumkan bahawa video yang terkait dengan Azmin itu tulen tetapi kesahihan pelakunya tidak dapat disahkan 100 peratus.

Kejadian yang sama pernah berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2011.

Video yang digelar China Doll itu disahkan tulen tetapi pelaku yang katakan mirip Anwar tidak dapat dikenalpasti 100 peratus. – NTHQiBORD 19 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.