TULAR satu digital poster kontroversi yang memaparkan wajah dua pemimpin Pakatan Harapan yang bertaraf Menteri yang dimuatnaik di media sosial.

Dua pemimpin Pakatan Harapan itu adalah Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Poster itu dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook bernama Mazlan Abd Latiff.

Poster tersebut memaparkan tajuk ‘Pemimpin Masa Depan Negara’ dengan membayangkan dua sosok pemimpin Pakatan Harapan itu bakal kehadapan mengemudi kerajaan Malaysia.

Terdahulu, Azmin juga juga merupakan Timbalan Presiden PKR disebut-sebut antara calon kegemaran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Perdana Menteri ke lapan.

Mukhriz dalam satu wawancara juga membayangkan beliau telah bersedia mengikuti jejak langkah bapanya, Mahathir, untuk berada di kedudukan politik yang seterusnya.

Poster yang dimuatnaik Mazlan itu tidak memetik mana-mana sumber dengan khusus dan hanya memaklumkan ‘menerima dari seorang sahabatnya’.

Sehingga artikel ini diterbitkan juga, belum ada penafian dan juga pengesahan sama ada poster itu dibuat oleh pejabat menteri berkenaan atau kumpulan penyokong.

Polemik siapa Perdana Menteri ke lapan semakin berterusan kerana tidak ramai penganalisis politik yakin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun Presiden PKR itu telah dimuktamadkan dalam konsensus Pakatan Harapan bahawa beliau bakal menggantikan Mahathir. – 20 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.