NEGARA kita bakal menyambut kemerdekaan ke-62, tetapi masih ada rakyat Malaysia yang tidak tahu memasang bendera Jalur Gemilang.

Seperti yang tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu, beberapa foto menunjukkan beberapa syarikat dan individu memasang Jalur Gemilang dalam keadaan terbaik.

Antaranya termasuk syarikat Toyota PDC Auto Kuantan yang memasang tiga Jalur Gemilang secara terbalik!

Bukannya satu, tetapi tiga!

Jika diikutkan, tidak mungkin si pemasang tersalah pasang ketiga-tiga bendera itu melainkan mereka memang sengaja berbuat demikian.

Seperti biasa selepas melakukan kesilapan, syarikat itu mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kesilapan itu.

Satu lagi kejadian berlaku di apartment di Melaka Raya.

Jalur Gemilang dipasang dalam keadaan terbalik di sebuah cermin bangunan tersebut. Tiada penjelasan dibuat oleh pihak yang memasang bendera tersebut.

Terdapat beberapa kes lain lagi dilaporkan hasil maklumat netizen yang prihatin tentang sensitiviti menjaga maruah negara.

Perbuatan ini seperti sengaja dilakukan sebagai petanda atau protes dan kebiasannnya dilakukan oleh penyokong pro-DAP.

Seperti yang berlaku di Taiwan beberapa tahun lalu, sekumpulan pelajar Malaysia bertindak biadap apabila menyebarkan gambar mereka memegang Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik. – NTHQiBord, 20 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.