BEKAS Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendedahkan senarai nama menteri yang didakwa membodek Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang didedahkan portal TTKM.

Chegubard mendakwa tangkap layar yang didedahkan itu merupakan perbualan Whatsapp beliau dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh mengenai isu lesen Lynas.

Berdasarkan pendedahan Whatsapp itu, empat nama yang disebut oleh Fauziah ialah Syed Saddiq (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman), Menteri Belia dan Sukan; Rezwan (Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof), Menteri Pembangunan Usahawan; Xavier (Dr Xavier Jayakumar Arulanandam), Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli; dan Zuraida (Zuraida Kamaruddin), Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Selain itu, Fauziah mendakwa Tun Mahathir yang mengarahkan Lynas disambung lesen.

Fauziah mendakwa dia tidak bersetuju Lynas diteruskan sebaliknya lesen Lynas berjaya disambung kerana ada anggota kabinet membodek Perdana Menteri.

Fauziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan sebelum ini dikecam teruk oleh NGO anti-Lynas.

Hal ini kerana, sebelum PRU14, Fauziah merupakan antara pemimpin PKR yang paling lantang memembantah Lynas.

Namun, selepas Pakatan Harapan menang, projek Lynas diteruskan. Fauziah yang dilantik sebagai Timbalan Menteri dilihat gagal mengotakan janjinya.

Fauziah dilihat sebagai pengkhianat bagi NGO anti-Lynas kerana gagal membantah, malah tidak berani bersuara dalam isu Lynas dan masih memegang jawatan dalam kerajaan. – 20 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.