AHLI Majlis Tertinggi PPBM (Bersatu), Tariq Ismail mencadangkan supaya bantuan ke sekolah vernakular dihapuskan.

“Kerajaan tidak perlu beri apa-apa peruntukan atau sumbangan kepada sekolah vernakular,” katanya.

Kenyataannya itu sebagai respon kepada bantahan Dong Zong terhadap pengenalan tulisan khat/jawi ketika ini.

Tariq mencadangkan supaya diwujudkan hanya satu jenis sekolah dan satu sistem sahaja.

“Saya hanya ingin mengatakan kita tubuhkan ‘satu sekolah, satu sistem’. Kerajaan mesti menjadikan sekolah kebangsaan lebih baik daripada sekolah vernakular,” katanya

Tariq juga mencadangkan semua sekolah tidak kira sekolah kebangsaan atau selainnya semua pelajar dari darjah satu ke atas wajib belajar Rukunegara. Setiap tahun mesti diadakan peperiksaan.

Katanya, jika ada pihak membantah cadangan ini, bukan lagi rasis malah pengkhianat.

Menurutnya perkara ini penting kerana lebih mudah membetulkan pemikiran anak-anak berbanding orang dewasa.

Selain itu, Tariq menyelar pihak yang bergaduh sesama sendiri dalam pelbagai isu yang sepatutnya boleh diselesaikan.

“Nak gaduh lagi pasal bahawa khat adalah permulaan Islamisasi?”

“Nak gaduh lagi pasal apa yang Zakir Naik ucap?”

“Apabila kita melawan antara satu sama lain dalam perkarayang remeh, the bigger evil akan merayap dan esok kita akan bangun menjadi hamba kepada syarikat asing,” katannya.

Tariq menyeru semua pihak agar memberi tumpuan kepada gambaran yang lebih besar.

Beliau memberi contoh – liberalisasi sektor tenaga, penyumbang utama kepada ekonomi akan hilang pendapatan. Kontraktor Melayu yang mereka gunakan akan kehilangan pekerjaan mereka.

“Akhirnya, kontraktor Cina pun akan mati kerana orang asing yang mempunyai modal, akan mengawal tenaga Malaysia,” katanya lagi. – 20 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.