PENOLONG Pesuruhjaya, Datuk Asmawati Ahmad mengesahkan semua ketua polis peringkat negeri telah menerima pekeliling berikutan isu penceramah kontroversi, Dr. Zakir Naik.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, ia berikutan pekeliling yang dikeluarkan itu telah dibocorkan.

“Ya. Perintah sedemikian telah diberikan kepada semua kontinjen polis.

“Ini dilakukan demi kepentingan keselamatan negara dan untuk memelihara keharmonian kaum, “katanya dalam satu laporan media.

Terbaru, Zakir telah dihalang oleh tujuh negeri termasuklah Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak untuk memberi ucapan dan bercakap di khalayak umum selepas ucapannya sebelum ini membakar isu perkauman.

Zakir kini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana didakwa ‘menghina dengan sengaja untuk mencetuskan kemungkaran damai’.

Selain itu, dalam kenyataan Zakir semasa bercakap di Kota Baru pada 3 Ogos lalu, telah menyebabkan berlakunya kontroversi terhadap orang Hindu dan Cina Malaysia dan ramai pengkritik meminta beliau dihantar pulang ke India. – 20 Ogos 2019

1 COMMENT

  1. The police should do the same on PH non-Muslims leaders who are not bothered with the Muslim sensitivities. As a Muslim country, the government should apply fairness and justice to all. Not only be hard on the Muslims and dumbfounded when the wrong was done by non-Muslims.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.