AHLI Parlimen Jelutong, RSN Rayer sekali lagi mencipta kontroversi.

Kali ini beliau secara terang-terangan menghina Utusan Melayu.

Rayer menyifatkan nasib Utusan Melayu yang dikatakan bakal memberhentikan penerbitan edisi cetak esok, sebagai pencapaian terbesar dalam usaha membanteras perkauman.

“Saya ingat kematian Utusan akan merupakan pencapaian terbesar Pakatan Harapan ketika kita cuba menguburkan sifat perkauman dalam negara ini dan meraikan hari kemerdekaan ulang tahun ke-62,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ahli parlimen DAP itu mendakwa akhbar milik Utusan Melayu, iaitu Utusan Malaysia mempunyai rekod tidak menyumbang ke arah pembangunan dan integrasi negara.

“Sebaliknya, hanya menyebarkan perkauman, kebencian, politik yang memecah belah dan ketaksuban ketika berada di puncaknya,” tambah beliau.

Terdahulu, Utusan Melayu (M) Bhd dijangka akan memberhentikan penerbitan edisi cetak akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! bermula esok ekoran kekangan kewangan.

Umno melalui kenyataan Setiausaha agungnya, Annuar Musa berkata akan cuba membantu menyelesaikan masalah Utusan Melayu.

Kata beliau, Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan pertemuan dengan lembaga pengarah Utusan Melayu, bagi menyelesaikan kemelut yang melanda syarikat penerbitan tertua di Malaysia itu. – 20 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.