TIDAK boleh menegakkan keadilan hanya kepada penganut satu agama sahaja, kata Saifuddin Nasution Ismail.

Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu, Al-Quran yang dijadikan rujukan orang Islam menetapkan prinsip keadilan, perlu ditegakkan kepada semua umat manusia, tanpa mengira majoriti dan minoriti.

Beliau selain itu berkata, al-Quran turut menyentuh tentang kesamaan dalam pemerintahan.

“Kitab yang serba lengkap sempurna itu tidak tetapkan spesifik sistem untuk pemerintahan tapi menghidangkan prinsip dan nilai-nilai yang bersifat umum, paling kurang ada 12 nilai dan prinsip tapi paling tersohor adalah yang paling ditekankan ialah keadilan, dan prinsip keadilan ini terpakai ke atas semua manusia,”

“Tidak ada kata prinsip keadilan hanya terpakai kepada orang Islam sahaja, tidak,” katanya.

Saifuddin membuat kenyataan itu semasa ucapan perhimpunan bulanan kementeriannya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Putrajaya.

Saifuddin berkata demikian mengulas isu-isu yang timbul sejak kebelakangan ini yang menghimpit masyarakat pelbagai kaum dalam masa yang sama mengundang perdebatan terbuka di sosial media.

Bagaimanapun Saifuddin tidak merujuk dan mengaitkan suatu isu secara spesifik dengan apa yang dikatakannya.

“Sekarang timbul perbahasan tentang majoriti, minoriti kalau kita faham prinsip tanggung jawab menegakkan keadilan ke atas semua umat manusia, prinsip kesamaan terpakai untuk semua mala tidak ada yang mempertikaikan isu manoriti dan minoriti.

“Kalau kita luaskan perspektif dan sudut pandang kita kalau Melayu itu muslim adalah majoriti tapi kalau dia faham prinsip pemerintahan dalam kerajaan yang menjadi keutamaan adalah keadilan dan menghormati kesamaan,” katanya lagi. – 20 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.