PENGASAS syarikat Gamuda Berhad dan pemilik IJM Corporation, Kew Yew Yin tetap mempertahankan cadangannya agar jumlah penjawat awam dikurangkan.

Taikun pro-DAP itu berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus mempertimbangkan cadangan tersebut dengan serius.

“Kerajaan PH harus pertimbangkan bukan ambil tindakan supaya polis menyiasat saya.

“Kerajaan dikaburkan oleh isu kecil tanpa melihat isu yang lebih besar,” katanya.

Menurut Yew Yin, cadangannya supaya jumlah penjawat awam di negara ini dikurangkan ialah untuk Malaysia menjadi negara membangun.

“Malaysia pernah menjadi pengeluar terbesar bijih timah, getah dan minyak kelapa sawit di dunia.

“Singapura, Taiwan dan Korea Selatan menjadi negara membangun walaupun mereka tiada balak untuk membina rumah-rumah,” katanya.

Tambahnya, cadangan tersebut berikutan kerajaan berbelanja besar untuk perkhidmatan awam dengan mendakwa Malaysia mempunyai kira-kira 1.6 juta pekerja di sektor awam dengan nisbah seorang penjawat awam kepada 19.37 rakyat Malaysia.

“Jumlah itu menyebabkan kerajaan menanggung beban perbelanjaan yang tinggi sekaligus mengurangkan pendapatan kerajaan.

“Kurangkan jumlah anggota tentera, tidak melantik guru berdasarkan kaum tetapi berdasarkan meritokrasi dan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) turut diperluaskan kepada masyarakat bukan Bumiputera,” katanya. – 21 Ogos 2019

3 COMMENTS

  1. Apek tua ni berkasar lg. Sedarkah kita siapakah sebilangan besar penjawat awam tu? Ini semua adalah cara halus nak memiskinkan org melayu..iaitu salah satu agenda DAP. Knp masa bn memerintah dulu apek tua ni x bersuara ttg isu ini?

  2. Dia dah kaya raya bolih lah ckp mcm mcm tapi tahu kah anda yg kerja tu bukan org senang mkn gaji pun cukup mkn kalau diberhenti apa dio org nk mkan dio bolih bagi koje ke ?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.