AHLI Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik menyindir Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Dr Zakir Naik.

Mokhtar mengulas laporan media yang menyiarkan kenyataan Anwar yang tidak setuju dengan cara Zakir Naik. Anwar juga dipetik berkata berdakwa perlulah secara berhikmah.

“Nak lawak pun sikit-sikit sudah lah. Ini tidak, pagi-pagi hari dah melawak. Nak banding Anwar dengan Zakir Naik? Tolong jangan melawak. Kami ni sudah sakit perut gelak.”

“Hari tu melawak pasal minyak turun. kemudian melawak pula pasal ada bukti PAS ambil duit UMNO. Kemudian pasal kek (harijadi) berjuntai kaki di Putrajaya,” kata Mokhtar.

Hakikatnya, Anwar tidak berani berbeza pendapat dengan DAP.

Hal ini kerana, sokongan DAP amat diperlukan jika mahu memastikan kerusi Perdana Menteri ke-8 dalam genggaman.

Jika tidak, mana suara Anwar ketika Menteri Sumber Manusia, Kulasegaran mengatakan Melayu pendatang.

Mana suara Anwar ketika DAP dan Dong Zong membantah tulisan jawi yang mahu diperkenalkan di semua sekolah bantuan kerajaan.

Mana suara Anwar ketika agama Islam dihina dan diperlekah. Mana suara Anwar ketika raja-raja dihina. Bahkan sebaliknya dia membela pula penghina sultan iaitu Wan Ji.

Sebelumnya, Moktar turut menyatakan bahawa serangan dan tindakan terhadap Zakir Naik ialah kerana pihak penentangnya gagal melawan hujah yang dikemukakan.

Mokhtar mengambil contoh daripada sejarah silam bahawa penguasa yang gagal berlawan hujah akhirnya menggunakan kuasanya untuk memusnahkan lawan.

“Namruz tidak mampu berlawan hujah dengan Nabi Ibrahim. Akhirnya Namruz menggunakan kuasanya membakar Nabi Ibrahim.”

“Firaun kalah mendepani hujah Nabi Musa, lalu diburunya Nabi Musa sehingga Firaun sendiri tenggelam dalam lautan.”

“Abu Lahab dan Abu Jahal tidak mampu mematahkan hujah Nabi Muhammad SAW, lalu dihalaunya dan diperanginya,” kata Mokhtar.

Pada zaman ini, pelampau DAP tidak mampu berhujah secara berdepan dengan Zakir Naik maka media dimanipulasi untuk membolehkan mereka bertindak terhadap tokoh perbandingan agama itu. – 21 Ogos 2019

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.