UNTUK pelajar berbangsa India sahaja.

Malaysian Indian Transformation Unit atau dikenali sebagai MITRA menawarkan pembelajaran dron secara percuma kepada pelajar India.

Ianya melibatkan kursus selama 10 minggu secara sepenuh masa.

Tawaran ini dipaparkan oleh laman Facebook rasmi MITRA, yang dimuatnaik sejak 5 Ogos 2019.

MITRA merupakan sebuah badan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Kumpulan itu dikendalikan oleh Waytha Moorthy Ponnusamy yang juga bertindak sebagai Menteri Perpaduan Malaysia.

Selaku Menteri Perpaduan, tampaknya program ini tidak ada langsung ‘elemen perpaduan’.

Program yang mengkhususkan kepada sesuatu kaum menggunakan wang pembayar cukai ini banyak dijalankan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan. – 21 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.