JIKA akhbar Utusan Malaysia (UM) ditutup, maka itu suatu kejayaan terbesar DAP-PH.

Perkara itu dinyatakan menerusi kenyataan akhbar Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, RSN Rayer, semalam, dedah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar juga mendedahkan bagaimana usaha berterusan DAP bagi memastikan akhbar tertua di Malaysia itu ditutup.

“Bagaimanakah agaknya mereka lakukan hingga berjaya? Mereka telah sekian lama melancarkan kempen menggunakan sentimen perkauman supaya peniaga dan syarikat syarikat cina tidak melanggani dan tidak membeli iklan atau menaja apapun melalui UM. Mereka menggunakan senjata ekonomi dan perkauman untuk melumpuhkan UM,” kata Annuar.

Menurutnya, ramai yang tidak tahu bahawa sudah bertahun tahun UM bermasaalah, tetapi terus hidup kerana di bantu secara langsung oleh UMNO dan juga oleh kerajaan pimpinan UMNO. Utusan tidak boleh dan tidak mungkin di biar mati selagi UMNO berkuasa.

Katanya, sebaik UMNO berjaya mereka kalahkan, usaha membunuh akhbar Melayu itu sudah tentu menjadi mudah.

“Apa yang mereka buat? Mereka beku dan rampas akaun dan wang UMNO. Peniaga dan pemimpin UMNO cuba dibangkrapkan dengan mengenakan cukai berbillion ringgit. Ini mempastikan UMNO di bunuh dan semua jentera UMNO di lumpuhkan.”

“Patutlah RSN RAYER mengistiharkan kejayaan terbesar mereka,” kata Annuar.

Menurut Annuar dalam usaha menyelamatkan UM, UMNO telah menjual blok saham majoritinya.

Namun tekanan terus dikenakan kepada pengurusan UM sehingga segala urusniaga menjadi sulit.

“Pembekuan akaun dan rampasan wang UMNO yang sudah melebihi setahun menyebabkan UMNO hilang upaya,kerana sebagai sebuah parti yg besar UMNO juga perlu menentukan keutamaannya dalam meneruskan perjuangan.”

“Pun demikian UMNO dan ahlinya masih terus dan sedang berusaha membantu WARGA KERJA UTUSAN dengan cara-cara kita sendiri,” katanya.

Menurut Annuar lagi, bukan sahaja UM yang menjadi sasaran DAP, malah Dr Zakir Naik, tulisan Jawi, Raja Melayu, Nabi Muhammad SAW, orang Melayu, Bahasa Melayu ,Askar Melayu, Parti Melayu UMNO dan PAS; dan apa-apa sahaja yang berkait dengan perjuangan orang Melayu.

“Semua ini akan kita lalui dgn tabah dan kesabaran. Usaha kita tetap teruskan. patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat dagu, patah dagu bertongkat siku berjuang tetap berjuang.”

“Kepada DAP dan Rayer kita ingatkan. Yes you may have won the battle. But the war is not over yet. No retreat no surrender. We shall fight till the last drop of our blood!,” tegas Annuar lagi. – NTHQiBORD 21 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.