PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan pendiriannya bahawa semua kaum dan etnik mempunyai hak dan kebebasan yang sama di Malaysia.

“Rakyat Malaysia mempunyai hak dan kebebasan yang sama,” kata Anwar selepas pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan semalam.

Kenyataan pendek Anwar itu menjelaskan bahawa beliau tidak menerima hak istimewa Orang Melayu malah menyokong dasar kesaksamaan seperti yang diperjuangkan DAP.

Anwar berkata beliau juga tidak setuju dengan kenyataan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini bahawa Malaysia adalah milik orang Melayu.

“Saya tidak berhasrat ulas secara peribadi pandangan beliau tetapi Malaysia adalah hak milik rakyat Malaysia,”

“Saya rasa cukup dan memadai dan wajar untuk kita sekarang memulihkan harmoni dan kasih sayang, rahmah di antara satu sama lain di negara kita,” katanya.

Beliau juga membidas Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof yang mengatakan orang Melayu terlalu memberi muka terhadap ‘kaum rasis’ di negara ini.

“Mentaliti terkepung dan pemkiran yang cenderung kepada sentimen perkauman sudah pasti tidak bijak,” bidas Anwar kepada Redzuan.

Terdahulu, Redzuan memberi komen tentang pembelajaran khat dalam tulisan jawi yang mendapat tentangan dari kaum Cina dan India.

“Bangsa Melayu terlalu berkompromi mengikut kehendak kaum yang terlalu rasis,”

Sudah tiba masanya bangsa Melayu bangkit mempertahankan budaya Melayu sebelum dimusnahkan pihak terbabit,” kata Redzuan.

Kenyataan ‘berani mati’ Anwar yang ‘tidak menyokong keistimewaan Melayu’ itu dilihatkan bakal mengurangkan sokongan orang Melayu terhadap beliau.

Parti itu terjejas teruk kerana isu video semburit timbalannya dan perpecahan dalaman antara beliau dan timbalan parti, yang berebut untuk menduduki tahta Perdana Menteri. – NTHQiBORD, 21 Ogos 2019.

3 COMMENTS

  1. Ikut sejarah dulu orang cina dan india datang ketanah melayu bekerja sebagai buruh di bawah kerajaan british, selepas tempoh mereka diberi pilihan kembali kenegara asal atau menetap ditanah melayu dengan syarat mematuhi perjanjian persekutuan. Kenapa sekarang meminta hak samarata, kalau di indonesia syarat menjadi warganegara mesti tukar nama kepada nama indonesia, sedangkankan di malaysia banyak kelonggaran diberi, hingga kini meminta apa yang tidak sepatutnya diberi.

  2. Yang melayu ni pon ikot dan buat statment
    Demi kuasa tak fiker atau beranak kat oversea kot .terok lah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.