PRESIDEN Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) mendesak kerajaan supaya membawa akta khas bagi melarang penggunaan tulisan jawi pada pembungkusan produk bukan Islam .

Datuk Nazilah Idris berkata, desakan itu dibuat berikutan tulisan Jawi yang disalah guna akan mengelirukan pengguna kepada status halal sesuatu produk itu dipasaran.

“Perkara itu merupakan resolusi yang dicapai menerusi persidangan yang diadakan.

“Ia diharap akan diberi perhatian serius dan diangkat oleh pihak kerajaan.

“Kami menggesa kerajaan bertindak kerana ia didapati pernah disalah gunakan.

“Ia seolah-olah tulisan Jawi itu digunakan untuk menyucikan kandungan yang tidak halal dan ini mengelirukan pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, Nazilah berharap agar suara MCED selaku badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak ketiga yang bergerak untuk membantu usahawan dapat disampaikan.

“Sebagai pihak ketiga, kami berharap suara itu dapat disampaikan,” katanya. – 21 Ogos 2019

1 COMMENT

  1. setuju sangat tulisan jawi jangan ditulis selain produk Melayu dan Islam.gunakan bahasa dan tulisan sendiri sahaja. kalau tulisan kat pon tak diterima jangan terima semua

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.