SEJAK akhir-akhir ini banyak bendera Jalur Gemilang dipasang secara terbalik.

Manakala pemasangan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik di sebuah sekolah di Pahang, adalah perbuatan yang tidak disengajakan, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung isu terbabit dan mendapati pemasangan Jalur Gemilang itu, bukan niat bertujuan untuk mengaibkan.

“Saya difahamkan kes ini adalah kesilapan yang jujur dan ia dipasang oleh pekerja warga asing sekolah itu yang tidak memahami cara pemasangan jalur berkenaan,” kata Abdul Hamid.

Beliau juga menyeru supaya semua pihak supaya jangan cepat melatah dan jangan ada yang mengeksploitasi kes-kes sedemikian tanpa mendapatkan fakta.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Selangor, Rizam Ismail menegaskan, pihak berkuasa perlu memantau dan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang didapati mengibar bendera terbalik di premis mereka.

“Saya mengecam tindakan beberapa pihak yang menggantungkan bendera secara terbalik,”

“Tahukah semua bahawa apabila seseorang itu menggantung bendera terbalik bagi pandangan saya adalah seseorang yang tidak menghormati negara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Laman Facebook Pemantau Negeri Melaka juga memuatnaik sekeping foto bangunan Toyota yang memasang bendera secara terbalik.

UMW Toyota kemudiannya membuat permohonan maaf di Facebook Toyota Malaysia atas kesilapan sebuah premis pengedarnya.

Laman Facebook Malaysia Military Power juga membuat hantaran sekeping gambar bendera Jalur Gemilang diterbalikkan di menara Boustead, namun sehingga hari ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pemilik premis itu. – NTHQiBORD, 21 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.