PEMANDU dan pengusaha teksi di Malaysia bakal menghadapi satu lagi cabaran baru apabila kerajaan DAP-PH hari ini mahu meluluskan Gojek.

Kabinet hari ini secara dasarnya bersetuju dengan cadangan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal.

Sebelum ini, Syed Saddiq dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke serta pengasas syarikat teksi motosikal Indonesia, Gojek mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Susulan itu kabinet meminta Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Belia dan Sukan  menjalankan kajian lanjut berhubung pelaksanaannya, termasuk aspek peraturan dan pengambilan pekerja.

Pada masa yang sama Pengasas Big Blue Taxi Services, Shamsubahrin Ismail tidak bersetuju dengan cadangan memperkenalkan Gojek.

Beliau mahu kerajaan selesaikan dahulu masalah e-panggilan dan pemandu teksi terlebih dulu.

Shamsubahrin memberi amaran dia akan menganjurkan tunjuk perasaan jika kelulusan diberikan.

Ketika zaman UMNO-BN perkhidmatan teksi motosikal ini tidak diluluskan atas dasar keselamatan.

Jika Gojek mendapat kelulusan, ia akan menjadi saingan terbaru kepada perkhidmatan teksi.

Namun, perkembangan ini merupakan sesuatu yang malang bagi pemandu dan pengusaha teksi.

Hal ini kerana, sebelum PRU14, Pakatan Harapan pernah berjanji akan menghapuskan perkhidmatan e-panggilan jika menang pilihan raya.

Namun, janji itu masih belum terlaksana dan tidak mungkin terlaksana.

Lebih teruk daripada itu, pelbagai bantuan dan insentif yang diterima pada zaman UMNO-BN telah tiada.

Kini bala baru bakal menunggu para pemandu teksi. Sudah jadi macam Lebai Malang.

Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. – 21 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.