DANA diseleweng untuk kegunaan peribadi termasuk memulakan perniagaan.

Sebuah pusat tuisyen yang terkenal dalam kalangan masyarakat India didakwa disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia adalah berkaitan dana RM66.8 juta, selepas dicurigai menyalahgunakan dana tersebut yang diberikan untuk pelajar sekolah Tamil sejak 2008 hingga 2017.

Kata sumber SPRM itu, dua pengarah pusat tuisyen berkenaan turut sedang disiasat.

“Kami menerima laporan berkenaan pada 8 Julai lalu dan perkara ini masih dalam siasatan,”

“Saya boleh sahkan bahawa SPRM menerima laporan salah guna dana kerajaan berjumlah RM66.8 juta oleh organisasi tersebut,” katanya.

Sumber itu juga mendakwa aduan mengenai organisasi tersebut turut dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Aduan ini juga turut disalurkan kepada beberapa menteri termasuk Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy.

Tidak ketinggalan beberapa pegawai kanan kerajaan termasuk Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador. – NTHQiBORD, 21 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.