DR Zakir Naik seorang insan yg hebat dalam ilmu perbandingan agama.

Ini anugerah Allah kepada beliau.

Jasanya dalam dakwah cukup hebat.

Kelemahan kecil perkara biasa, selagi namanya manusia.

Saya tidak mampu menjadi seperti Dr Zakir, apabila mendengar kehebatan beliau berhujah.

Kerdilnya saya dibanding dengan ilmu beliau.

Oleh itu saya sayang kepada beliau dan menghargai jasa beliau.

Jauh sekali memperlekeh usaha beliau.

Tidak pelik kalau yang marah itu bukan  seagama dengan beliau, yang ajaib ialah seagama dengannya tetapi berkongkol dengan orang yang bermusuh dengan dakwah beliau sehingga sanggup untuk menghalau beliau daripada bumi Malaysia.

Semuanya kerana kuasa dan takut hilang undi, maka akan diperbuat apa sahaja demi mengambil hati.

Semuanya sunnah perjuangan Islam. Ia adalah kebiasaan.

Semoga Allah memberi kesihatan, kesabaran dan kekuatan kepada Dr Zakir untuk menghadapi dugaan dan mehnah perjuangan. – 21 Ogos 2019.

IDRIS AHMAD,
Naib Presiden PAS.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.