PEMIMPIN PAS mendoakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus kekal sebagai bakal Perdana Menteri kerana gagal membela pendakwah terkemuka, Dr Zakir Naik.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Riduan Mohamad Nor berkata, ramai pihak yang mensensasikan syarahan pendakwah dan Anwar sendiri sebagai pemimpin atasan Pakatan Harapan (PH) juga memberi kenyataan tidak memihak kepada Zakir Naik.

“Puncanya satu, iaitu isu Dr Zakir sekarang ini menjadi panas menggelegak sebabnya ia diapungkan oleh pemimpin DAP, pemimpin kerajaan yang tak mesra syariah, kelompok muslim liberal dan Hindraf.

“Anwar Ibrahim sebagai tokoh PH juga mengulas dalam keadaan tidak memberikan keuntungan kepada Dr Zakir sehingga saya terus mendoakan agar Anwar terus kekal sebagai bakal perdana menteri,” katanya menerusi media rasmi PAS.

Riduan juga membuat perbandingan nasib Zakir Naik sewaktu pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan di bawah pentadbiran DAP-PH.

“Ironinya, Dr Zakir Naik yang kini namanya diratib kawan dan lawan telah lama mendapat PR (Pemastautin Tetap), iaitu di zaman Najib menjadi perdana menteri.

“Dalam tempoh dua tahun ini, beliau dijemput ke merata tempat untuk memberikan syarahan perbandingan agama, tapi tiada yang mensensasikan syarahan Dr Zakir seperti mutakhir ini sehingga memicu kepada isu perkauman,” katanya yang mendakwa ucapan tersebut diputarbelit oleh media.

Semalam, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menegaskan Zakir Naik tidak dibenarkan memberi ceramah melalui semua medium, termasuk media sosial.

Abdul Hamid berkata, larangan memberi ceramah di seluruh negara itu terpakai sehingga siasatan polis selesai. – 21 Ogos 2019.

3 COMMENTS

  1. Ya,bersetuju,sehingga polis selesai buat siasatan kpd Zakir Naik,namun jgn dah di beri betis hendakkan paha pula,awas rakyat M’sia ada kesabarannya yg terhad,jgn sampai warga M’sia buat Revolusi seperti di Iran,jgn cuba menghina islm,kaum bngsa M’sia,meskipun anda telah mendpt kerakyatan,.kami warga M’sia hidup saling menghormati,…-ingat,,

  2. Kito doakan & kita akan pastikan agar PAS akan terus menjadi pembangkang….ha,ha,ha, kan molek kejek gitu,,,udang sama udng,…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.