ISU bendera terbalik nampaknya semakin parah dan membimbangkan.

Selepas beberapa lokasi umum dikesan melakukan perbuatan tidak berPelembagaan itu, kali ini kejadian sama berlaku di sebuah sekolah.

Berdasarkan maklumat yang tular dalam media sosial, kejadian bendera terbalik melibatkan sebuah sekolah yang dirahsiakan namanya.

Sekolah itu dilapor menerima bekalan Jalur Gemilang secara terbalik dan insiden itu akan disiasat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perkara berkenaan ditegaskan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi ciapan di Twitter miliknya hari ini.

“Pihak KPM akan segera menyiasat perkara ini,” katanya.

Maszlee membuat ciapan itu sambil ulang siar kenyataan seorang pengguna Twitter yang mendapat maklumat pihak sekolah menerima bendera berkenaan daripada pembekal.

Seorang pengguna Twitter @ridzuanraoof mahu kementerian bukan sekadar menyiasat tetapi mengambil tindakan sewajarnya.

“Bukan sekadar siasatan tapi perlu hukuman. Siasatan semata-mata tiada guna. Hukuman berganda supaya orang lain takut nak buat perkara yang sama,” tulisnya.

@khairulahmad pula berkata, kerajaan perlu mengenal pasti pembekal dan pengilang yang bertanggungjawab.

“Jangan siasat saja YB. Ambil tindakan terhadap pembekal dan pengilang bendera seperti ini. Tarik semula lesen SSM mereka. Tidak hormat Malaysia. #MalaysiaDiHatiku,” tulisnya.

– 21 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. Klu setakat sehelai bendera dipasang terbalik,mungkin x sengaja,tp klu dh berpuluh helai dipasang,dicetak dan diedarkan oleh pihak2 yg durjana,itu namanya mmg sengaja. Siasat saja tanpa tindakan yg sewajarnya mmg membazir masa. Dimana maruah org malaysia bila bendera sendiri x dihormati? Klu di negara thailand, si pelaku dah tentu kena hukuman berat. Adakah ini namanya malaysia baru??

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.