SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa menjalankan siasatan dengan ‘teruk’ terhadap kes manipulasi kewangan akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan skandal SRC International Sdn Bhd.

Perkara itu terdedah berdasarkan keterangan pegawai penyiasat SPRM, Rosli Hussain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Semasa sesi soal balas perbicaraan kes SRC International yang masuk hari ke-54, Rosli memberitahu bahawa SPRM memulakan siasatan terhadap akaun peribadi Najib di AmBank berdasarkan satu artikel blog Sarawak Report yang disiarkan pada 2 Julai 2015.

Artikel itu bertajuk ‘Sensational Findings – Prime Minister Najib Razak Personal Accounts Linked To 1MDB Money Trail’ dan ditulis oleh pemiliknya, Clare Rewcastle Brown dari Britain.

Berdasarkan artikel itu, seorang pegawai SPRM bernama Prem Raj, membuat laporan polis keesokkan harinya pada 3 Julai, untuk memulakan siasatan.

Peliknya, Rosli yang dilantik untuk mengendalikan kes itu pada 6 Julai, tidak pernah menyoal Clare Brown walaupun penulis itu sendiri yang melakukan pendedahan.

Blog Sarawak Report dan portal Wall Street Journal merupakan dua media utama yang ‘berkempen’ untuk mengaitkan Najib dengan dakwaan rasuah.

Malah Clare Brown sering mendakwa mempunyai banyak bukti untuk mengukuhkan dakwaannya bahawa Najib terlibat dalam skandal 1MDB.

Namun daripada 193 individu yang disiasat atau keterangan mereka diambil oleh Rosli, nama Clare Brown langsung tidak kelihatan.

Malah lebih mengejutkan, Rosli memberi jawapan yang di luar jangka ketika sesi soal balas dengan pihak peguam bela.

“Tiada keperluan bertemu dia (Clare Brown),” kata Rosli ketika ditanya sama ada beliau merekodkan keterangan atau mengumpul buktik dari wanita itu bagi membantu siasatannya.

Clare Brown antara individu yang bertindak mencetuskan kempen anti-Najib sehingga menyaksikan Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Namun hairannya, SPRM membuat keputusan bahawa Clare Brown bukan saksi penting dalam perbicaraan kes SRC International yang merupakan anak syarikat 1MDB.

Rosli juga bertemu dan merakamkan keterangan daripada ramai individu termasuk Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz tetapi beliau untuk memberi keterangan kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam kes itu.

Zeti memberi keterangan kepada SPRM pada Ogos 2018, selepas Najib didakwa terlibat dalam kes penyelewengan dana SRC International. – NTHQiBord, 21 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.