KINI secara rasminya Ketua Polis Negara mengumumkan bahawa Dr Zakir Naik dilarang berceramah dalam semua medium termasuk media sosial.

Katanya lagi larangan ini bersifat sementara sehingga siasatan pihak Polis selesai.

Sesungguhnya, larangan kepada pendakwah terulung ini adalah tragedi pilu buat umat Islam tanah air tercinta ini.

Kita berada di negara Malaysia bukannya China, bukan India bukan juga Korea Selatan.

Islam adalah Agama Persekutuan Malaysia sepertimana termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Malaysia.

Yang lebih memilukan hati kita ialah bukan sekadar melihat diam membisunya para pemimpin Muslim dalam Kerajaan PH tetapi ada juga yang sanggup bersekongkol menjadi khadam kepada musuh yang memang anti kepada Zakir Naik yang siang-malamnya begitu gigih menyebarkan dakwah Islam.

Undang-undang dan perintah Mahkamah mana yang digunapakai oleh Ketua Polis Negara?

Mengapa amat terang lagi nyata pilih bulunya Kerajaan PH dalam menangani isu sebegini?

Mengapa tidak ada larangan yang serupa terhadap Menteri dan pemimpin PH seperti M Kulasegaran, P Waythamoorthy, P Ramasamy, V Ganabatirau dan ramai lagi yang saban hari memperlekeh dan menghina kedudukan Islam dan Bangsa Melayu?

Di manakah menghilangnya suara sekalian jaguh pembela hak asasi manusia di Malaysia ini?

Mereka diam 1000 bahasa kerana yang menjadi mangsa sekarang ialah orang Islam.

Tragedi pilu yang menimpa umat Islam pada era Malaysia Baru ini amat wajar diingati kerana kegagalan kita semua mempertahankan dan membela Zakir Naik yang diancam nyawanya dan amat dikehendaki oleh negara India.

Pemimpin DAP dan yang seangkatan dengannya pasti sedang bertepuk tangan riang gembira atas apa yang sedang berlaku ini, mereka kini sedang menanti masa untuk berpesta seandainya Tun Dr Mahathir pun tunduk dengan desakan untuk menghantar kembali Zakir Naik ke India.

Beginilah rupanya harga sebuah perjuangan dakwah yang tidak ternilai harganya.

Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW;

“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”. – 21 Ogos 2019

SYED AHMAD FADHLI SYED MAHMAD HADZARI
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS di Parlimen Malaysia

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

 

1 COMMENT

  1. Undang-undang dan perintah Mahkamah mana yang digunapakai oleh Ketua Polis Negara? Penulis rencana ini tidak berada ditempat KPN… Kalau penulis menjadi KPN .. apakah yg akan dia buat?

    Mengapa tidak ada larangan yang serupa terhadap Menteri dan pemimpin PH seperti M Kulasegaran, P Waythamoorthy, P Ramasamy, V Ganabatirau dan ramai lagi yang saban hari memperlekeh dan menghina kedudukan Islam dan Bangsa Melayu? Saya banyak mendengar komen-komen seperti ini .. tapi sekadar komen atau boleh dianggap tuduhan semata-mata atau diistilahkan sebagai dengar cakap sahaja … saya mencabar penulis rencana ini supaya menyenaraikan laporan-laporan Polis yg dibuat terhadap orang-orang yg dinyatakan diatas… berapa banyak laporan yg telah dibuat? Atau sekadar dengar cakap sahaja berdasarkan sentiman perkauman.

    Tak perlu menunding jari pada orang lain … tanya diri sendiri dahulu… apakah yang dipertintahkan Allah bila berhadapan dgn masalah seperti ini? Apakah Allah menyuruh kita beremosi/membenci orang lain? Bukankah Nabi saw contoh tauladan yg terbaik yg wajib diikut. Apakah yg Nabi saw buat apabila menghadapi masalah yg lebih kurang macam ini? Sayang sekali, ramai yg pandai bercakap dan berpidato… malangnya … Nabi Muhammad saw pun tak kenal… Tuntutan Syahadajh pun tak tahu … Allah pun tak kenal..tetapi bercakap dan melontar komen dan hujjah bukan main hebat….

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.