PENDAKWAH bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menyeru orang Melayu mencontohi golongan ultra kiasu dalam menjaga akhbar milik mereka.

“Akhbar ultra kiasu terbit dua kali sehari, pagi dan petang. Akhbar ultra kiasu terus berdiri megah daripada dahulu sehingga sekarang. Semua dalam kalangan mereka, membeli akhbar mereka.”

“Syarikat-syarikat ultra kiasu yang berskala kecil dan besar terus membeli ruang bagi memastikan akhbar ultra kiasu terus utuh dan kekal sampai bila-bila. Lihatlah kesatuan mereka,” kata Ridhuan.

Oleh itu, beliau mahu orang Melayu menggunakan semangat yang sama bagi memastikan akhbar Utusan Malaysia terus hidup.

“Jangan biarkan Utusan Melayu mati. Utusan Melayu maruah orang Melayu. Jika Utusan Melayu tidak dapat diselamatkan, jangan banyak lagi bercakap soal penyatuan Melayu Islam.”

“Mulai sekarang marilah pakat-pakat beli akhbar Utusan Malaysia,” seru Ridhuan.

Beliau memberi perkiraan bahawa jika satu peratus daripada 18 juta orang Melayu Islam beli akhbar Utusan Melayu, sudah cukup untuk menyelamatkan akhbar warisan ini. Bayangkan jika dua peratus yang membelinya.

Beliau juga mahu syarikat milik Melayu agar menyokong Utusan Malaysia.

Pada masa yang sama Ridhuan menggesa orang Melayu memboikot produk syarikat ultra kiasu yang menghina Melayu.

Ridhuan juga percaya, Utusan Malaysia hari ini sudah banyak berubah selepas pasca PRU14.

“Saya yakin akhbar ini sudah jauh berubah berbanding dahulu. Lupakanlah yang lalu, hadapilah masa hadapan,” katanya. – 21 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.